Pemimpin sejati
Dalam satu kelas pagi tempoh hari, abah dan rakan-rakan sekelas telah diingatkan kembali bahawa setiap manusia dimuka bumi ini adalah pemimpin… Ya.. setiap manusia sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin, sekalipun hanya terhadap dirinya sendiri.
Sekiranya kegagalan berlaku dalam memimpin diri sendiri, maka yang lahir itu bukanlah seorang manusia. Justeru, menjadi pemimpin tidaklah sesukar mana kerana yang sukar adalah menjadi pemimpin yang baik.
Betulkah manusia yang digelar pemimpin perlu berkorban? Pengorbanan mereka pula perlu lebih hebat dari kita yang dipimpin ni… ye.. ke?
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kata orang, kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Abah: Kadang-kadang tak sempat melantun… dah jatuh lagi… subhanallah..






